Kebawah DYMM akan menghadiri Sidang Kemuncak Komemoratif ASEAN-Rusia




Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri / Foto : Jabatan Penerangan






BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 14 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat menghadiri Sidang Kemuncak Komemoratif ASEAN-Rusia pada 17 hingga 18 Jun 2026 di Kazan, Persekutuan Rusia.


Sidang Kemuncak Komemoratif ini yang diadakan bersempena Ulang Tahun Ke-35 bagi Hubungan ASEAN-Rusia akan dipengerusikan bersama oleh Presiden Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Ferdinand R. Marcos Jr. selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini dan Presiden Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Vladimir Putin serta dihadiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta para Pemimpin ASEAN yang lainnya.


Sidang Kemuncak Komemoratif tersebut akan melihat semula kemajuan yang telah dicapai di bawah Pelan Tindakan Komprehensif (CPA) ASEAN-Rusia bagi Tahun 2021 – 2025, di samping membincangkan hala tuju kerjasama masa hadapan serta memperbaharui komitmen untuk memperkukuhkan lagi Perkongsian Strategik ASEAN-Rusia.


Close